Tuesday 28 August 2012

Kelebihan Puasa 6 Di Bulan Syawal


Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Contest Asiafans

banner

Assalamualaikum..

Sebelum tu.. tengok hadiah kat bawah nie...


haha... best tak hadiah contes nie..??? 
hah!! apa lagi.. jom cepat2 join contest nie... < KLIK SINI >

ooopss !! kejap ye.. sebelum tu, korang kena jadi user di www.asiafans.net. *wajib jadi user kalau nak join contest nie.. register free..


contest ditaja oleh : manok elpase, MK Syahir, Zaxx, Cik Mun, Anirah, Teratai & tbnsa.

tag : miss z, Que Achmad, & korang semua.. hahahha...

 Tempoh Sah Laku Contest : 27/08/12 - 27/09/12



Friday 10 August 2012

Mohon Dengar Betul - betul Azan tu..


Test.. test.. test... heheh.... 
Ingat ya.. Kalau berbuka tu jangan gelojoh sangat... dengar dulu azan tu baik2...

OKAY...

Perubahan Facebook ( 2004 - 2012 )


hm.. kalau 2013.. macam mana pulak ??

Thursday 9 August 2012

Lagi Budak Semenanjung Kutuk Sabah!!

Assalamualaikum...

Semalam, aku ada post pasal pelajar UMS dari semenanjung kutuk Sabah nie.. dan hari ni, aku terjumpa lagi satu kutukan budak semenanjung yang akan belajar kat Sabah.. Tapi kali ni, sampai2 ada orang yang buat page kat facebook... <sini> dan <sini>


Tak habis2 mereka nie hina pasal Sabah..  Kata 1 Malaysia... 



Jawapan : Korang semua baca la ni...

Q : Kenapa Sabah tiada LRT? 

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva,mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT.Nda percaya kamu boleh tengok ditraffic light,boleh dikira berapa biji ja motor.

Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama,Sunway Pyramyd,Times Square? 

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan,durang mau tengok orang utan,mau tengok penyu,mau tengok hutan simpan,mau panjat... gunung dan lain-lain lagi.Kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong,dinegara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex.

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL!tapi yang tu bukan orang,itu orang utan.Bulu orang utan coklat jingga perang,bulu manusia warna hitam.Kena tahu beza tu,jangan jadi bangang.

Q : Sabah tiada highway?Oh My God.Mesti jalan jammed.

A : Baguslah tiada highway.NO HIGHWAY NO TOL ! Nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan.Duit TOL pergi kerja RM1.20,pulang kerja pun RM1.20,cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan,dapatlah RM72.RM72 boleh sudah bayar Astro.Ada highway disana pun ada juga jammed,sia-sialah kamu bayar duit TOL.Who's smart?

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout.REALLY??

A : Ya..Kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac,sebab kadang-kadang selalu blackout kan.Baguslah juga begitu,dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan.Tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam,itu bukan sudah mengasi jimat,tu mengasi PANAS sudah tu.

Q : LAST QUESTION!Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A: Di Sabah ni tiada apa-apa.Kuno bah..Tiada LRT,tiada Highway LDP,Federal Highway,Terowong Smart,Jambatan Putrajaya,KLCC,KL Tower,Sunway Pyramyd,Sunway Lagoon. Tapi di Sabah ada Rumah Terbalik.Cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu,berani ka? Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko,petroleum,sawit,getah,kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana." Untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain." =)



p/s : tak semua budak2 semenanjung macam tu... kan??

Rahsia Disebalik Gambar Wang Kertas Baru Malaysia

Rahsia gambar wang kertas baru Malaysia yang anda tidak tahu :


ngee~ proud to be Sabahan. Do you ?!

Cara Membakar Lemak yang Paling Berkesan

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kasi tengok korang satu gambar yang paling berkesan untuk membakar lemak yang paling berkesan. hehe..


Apa macam. Nak praktik-kan ke???

Subhanallah!! Kitab al-Quran Melekat Pada Kaabah

Inilah lambang tanda kekuasaan Allah SWT. Al-Quran terbang dan melekat pada Kaabah semasa orang ramai tawaf mengelilingi Kaabah.

Klik untuk besarkan gambar

Pelik. Tapi Benar !!

Assalamualaikum & selamat Pagi..

Jom Cuba :


Dah cuba ke?? hehe.. Korang boleh buat yang nombor berapa..??

Kalau aku, aku boleh buat nombor 2, 3, 4, dan 6.. yang nombor 1 dan 5 tu, x boleh. Dah cuba banyak kali, tapi tak boleh juga. rasa kaku je tangan bila buat nombor 1 dan 5 tu.. hehe...

Jangan Kutuk Sabah !! OKAY !!

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 nie, asyik2 tengok orang post gambar pasal orang yang kutuk SABAH nie.. Aku tak tahu la sebabnya. Mungkin mereka yang kutuk SABAH nie rasa tak puas hati dengan orang2 Sabah... Sampai2 ada orang rasa sakit hati yang teramat melampau, lepas tu direport polis.


Hah!! Teruk sangat ke orang2 Sabah nie sampai kutuk macam tu?? Nak kata orang2 sabah nie tinggal kat atas pokok tak jugak. Kat Sabah ada rumah terbalik lagi. Ha!! Tempat kau ade?? 

Dengar kata mereka nie pelajar UMS ( tak silap aku la ). Hahah!! jika terjejas pelajaran kau lepas nie, pandai2 la kau pergi merayu situ ya??

Rozza Rothman - orang ni yang buat report polis tu... TQ


p/s : i'm sabahan ^-^v peace yo !!





Blog Review di Blog sop.name.my

Assalamualaikum...

Hari ni aku join segmen dari blog SOP NAMA SAYA


Siapa berminat nak join, KLIK banner kat atas tu.. OK!!

Nak TAG : semua blogger yang terbaca entry aku nie.. hehe.. ^_^v



Wednesday 8 August 2012

Wanted Blogger !!

Ehem !! Ehem !!

Dicari :
  • 10 BLOGGER LELAKI
  • 10 BLOGGER PEREMPUAN
untuk diletakkan dalam bloglist aku. Tak perlu nak follow2.. Tak perlu nak buat entry khas.. Tak perlu nak like2.. Hanya beri URL korang !! OKAY ???

p/s : harap korang blog korang nak diletakkan dalam bloglist aku ye? TQ

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar

Dalam kita sibuk menjalani ibadah puasa, jangan kita lupa bahawa terdapat satu malam yang sedang menanti kita. Malam itu adalah malam lailatul qadar yang mana ia adalah lebih baik dari 1000 bulan.

Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar | Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Dalam mengerjakan ibadat dalam bulan ramadhan, sudah tentunya kita akan sentiasa tertunggu-tunggu 10 malam yang terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir iaitu hari ganjil bulan ramadhan. Adakah malam lailatul qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 ramadhan tahun ini? Hanya orang yang berusaha sahaja akan merasai nikmat beribadat di malam lailatul qadar. Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan;
Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


Wallahualam....

Cara Rasulullah Hidupkan Lailatul Qadar


RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya. 

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.(riwayat al-Bukhari dan Muslim]Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kupasan ringkas hadis
Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.


Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)

Mengikat kainnya
Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

Menghidupkan malam harinya
Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

Membangunkan Ahli Keluarganya
Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “Solat! solat!”


Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan :

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: “Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini) Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

2. Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

3. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata: Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata: “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)

4. Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan).Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5) Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

5. Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi: Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)

3 Tanda Dapat Lihat Malam Lailatul Qadr

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatul al-Qadar. Dan, tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:1-3)
Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu dengan yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah saw.

Selain dikenali sebagai bulan puasa dan bulan beribadat, Ramadan dipanggil juga bulan penurunan al-Quran (Nuzul Quran), seperti diterangkan dalam firman Allah bermaksud: 

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan serta perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah:185)

Pada ayat pertama surah al-Qadar menerangkan al-Quran diturunkan pada Lailatul al-Qadar, iaitu malam kemuliaan dan kebesaran-saling berkait di antara Ramadan, al-Quran dan Lailatul Qadar.

Justeru, dapat disimpulkan Lailatul al-Qadar itu ialah satu malam daripada bulan Ramadan. Tetapi apakah sebenarnya Lailatul Qadar, bila tarikh yang tepat dan apa kelebihannya?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata ‘lailah’ itu bermaksud malam, manakala al-Qadar ialah ketentuan (nasib, ajal, rezeki dan jodoh pertemuan ditentukan).

“Jadi apabila dirangkaikan sebagai Lailatul Qadar bermaksud Malam Ketentuan dan pada malam ini malaikat diketuai Jibril turun ke bumi. Ada sesetengah mengatakan sebanyak 70,000 malaikat.

“Di sini juga dapat difahami Jibril tugasnya bukan setakat menyampaikan wahyu, bahkan setahun sekali pada Ramadan turun ke bumi,” katanya, sambil menjelaskan maksud ayat 4 dan 5 surah al-Qadr:

“Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” 

Malam al-Qadar disifatkan sebagai malam yang berkat. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran. (Maksud ad-Dukhan:3)

Disebabkan mulianya malam al-Qadar Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan amal ibadat.

Ini diterangkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw sabdanya (bermaksud): “Sesiapa menghayati malam al-Qadar dengan mengerjakan solat (dan ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih, Riwayat Bukhari).

Ibadat lain yang boleh dilakukan ialah membaca al-Quran, berzikir, beristighfar (memohon ampun), bertaubat dan berdoa.

Zamihan berkata, kelebihan malam al-Qadar bermula pada solat Maghrib, seterusnya Isyak (berjemaah) sehingga Subuh dan ibadat yang menjadi pengisian sepanjang tempoh itu bergantung kepada tahap keimanan masing-masing.

Tetapi malam yang berkat itu tidak dinyatakan secara lebih tepat pada hari tertentu. Tujuannya supaya Rasulullah saw dan umatnya memperbanyakkan ibadat dan amal kebajikan sepanjang bulan.

Rasulullah saw sendiri menghayati 10 malam terakhir Ramadan; mengerjakan ibadat (Qiamullail) dan beriktikaf di masjid, untuk menyambut kedatangan malam yang mulia itu.

“Nabi mengejutkan kaum keluarga untuk beribadat, Nabi fokus berzikir dan beriktikaf di masjid, tetapi malangnya kebanyakan masjid kita dikunci dan yang boleh digunakan untuk beriktikaf di sudut anjung saja,” katanya.

Dari Aisyah r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah saw berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir (dari bulan Ramadan), berbanding dengan masa lain.” (Hadis sahih, riwayat Muslim).

Walaupun waktu tepat malam al-Qadar tidak diberitahu, Nabi saw ada memberikan beberapa isyarat mengenai ketibaannya, seperti dinyatakan dalam satu hadis.

Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya): “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam al-Qadar pada malam ganjil dalam 10 malam yang akhir, dari bulan Ramadan.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari).

Malam yang ganjil ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadan. Dari keterangan hadis menunjukkan malam yang mulia itu berpindah-pindah (tidak statik) dalam lingkungan 10 malam akhir dari bulan Ramadan. 

“Jika menurut Syeikh Abdul Qadir Jailani, malaikat akan mengelilingi dunia pada malam al-Qadar dan mengucapkan salam pada orang beriman yang melakukan ibadat. 

“Tiga tanda orang yang mendapat ucapan salam malaikat, iaitu bulu roma meremang, mengalir air mata jernih dan hati berasa tenang sekali.

“Ulama mengatakan pada malam itu, kita akan berasa ada malaikat di sekeliling kita. Malaikat masuk ke semua rumah orang beriman, kecuali rumah yang ada berhala, rumah yang menjadi batu api, orang berkekalan dengan dosa besar dan derhaka pada ibu bapa.

“Lailatul Qadar adalah tawaran atau bonus yang paling tinggi daripada Allah untuk manusia, tetapi tidak semua yang dapat disebabkan halangan dari kita sendiri,” katanya.

Beliau menjelaskan, orang yang mendapat Lailatul Qadar ialah mereka yang meningkatkan ketakwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat, malah perangai berubah kepada lebih baik.

“Justeru, dalam kita mengharapkan Lailatul Qadar, seeloknya kita membuat persediaan, bermula dari pencarian ilmu, seterusnya dengan ilmu dapat beramal ibadat dan ibadat itu pula dengan hati ikhlas,” katanya.

Tuesday 7 August 2012

Cara Mudah Naikkan Traffic Blog Dengan Cepat di Asia Fans

siapa tak nak traffic blog dia naik.. kan?? Kalau aku, memag la nak sangat... 

banner

hah! Biar aku cerita sikit...
TRAFFIC EXCHANGER nie baru je ditubuhkan oleh ASIA FANS.. Traffic Exchanger nie untuk menaikkan traffic Blog korang... Oppsss!! Buka blog saja ye.. korang juga boleh naikkan trafficTwitter, Google +, Youtube dan FB Fan Page... Best kan?? Okay jom ramai-ramai kita register...

Cara Daftar :
1. Tekan Register <SINI>, lepas tu korang akan terima email untuk activate account korang..
2. Lepas tu, korang akan terima 50 coins percuma... Coins tu untuk promote blog/twitter/google+/FB korang tu..
3. hah! kalau korang nak tambah cons.. korang kena buat satu entry khas pasal TRAFFIC EXCHANGER nie... sekali gus jadi VIP selama 30 hari...  
4. Yang selebihnya tu, pandai-pandai la korang usha2 web tu... 



  

Lagi Gaya Tudung ala Hana Tajima yang Terbaru

Assalamualaikum...

Hari ni aku tiba2 rasa nak buat tutorial pasal tudung nie... 
Okay lah... korang terus je tengok tutorial kat bawah nie... Aku malas nak cakap banyak... 

ENJOY.. !!! ^-^







HASIL NYA....



hehe... apa macam... cantik tak.... nie style tudung yang latest tau...
hah !! Jangan ingat laki tak tau pasal tudung2 nie...





Kau Suka Sama Saya? Kau Isi Dulu nie Borang!

Monday 6 August 2012

Google Memang Cool !!!

Assalamualaikum ^-^

Jom try.. berapa saat korang catat... 


hehehe... aku hanya mampu dapat 12.3s je.. itu pun empat kali cuba...

hah!! korang nak try ke... okay... Jom klik ..

Ketibaan : Intro

Dunia telah berubah,
Kita merasanya di dalam air,
Kita merasanya di dalam tanah,
Kita menghirupnya di udara.

Siri ini akan menyiasat tentang ketibaan Dajjal, Imam Mahdi dan penurunan Nabi Isa kali kedua.

"Saya memberi amaran kepada kamutentang dia (dajjal), dan semua nabi telah meningkatkan kaum mereka sendiri tentang dia. Tetapi saya akan memberitahu kamu sesuatu yang tidak diberitahu oleh nabi-nabi yang terdahulu... "

"Kamu harus tahu bahawa dia bermata satu, dan Allah tidak bermata satu.. "


Hadis Sahih Bukhari, diriwayat oleh Nabi Muhammad SAW :



wang dolar amerika



Hampir semua budaya telah meramalkan ketibaannya. Walaupun sesetengah takut akan ketibaannya, dan ramai yang telah bersedia selama beribu tahun.

Mereka membuka karpet merah untuknya...
Atau lebih tepat.. membuka karpet hitam putih...



Namun apakah tanda-tanda ketibaan sebenarnya?

"Sejak permulaan tamadun, asas-asas penyembahan telah di sediakan..."



"dan hari ini..."







bersambung...

Sunday 5 August 2012

Ada Taste Ke Buat Cam Tu ??

Assalamualaikum...
Cepat masa berlalu.! Tengok2 dah pertengahan bulan Ramadhan... hehe.. 
Dua minggu lagi raya... (yahoooo.... tak sabar nyer~~)

Okay ~ Aku nak kasi tengok kat korang gambar yang aku jumpa kat FB...


Dah tengok ??
Hahahah.... gelak sendiri aku bila nampak gambar org nie... Nie mesti kes2 tak de kerja nak buat, duduk sorang2 kat dalam bilik... Dah ler dok korek taik hidung ~ lepas tu, di rasa-nya pulak... aiyoyo!!! Ada taste ke ??? Sedap ke???

hah!! cam mna dengan korang??? pernah buat tak?? Kalau aku... rasanya.....tetttttt ( censored ).... hehe..

Hati Buta Sebab 10 Perkara

10 penyebab hati kita buta :
  • Kamu mengenal Allah SWT, tetapi kamu TIDAK MENUNAIKAN HAK-NYA.
  • Kamu mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu MENOLAK SUNNAHNYA.
  • Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak BERAMAL DENGANNYA.
  • Kamu makan nikamt Allah SWT, tetapi kamu TIDAK MENSYUKURI-NYA.
  • Kamu mengata syaitan itu musuh, tetapi kamu TIDAK MENENTANGNYA.
  • Kamu berkata syurga itu benar, tetapi kamu TIDAK BERAMAL UNTUKNYA.
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu TIDAK LARI DARIPADANYA.
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu TIDAK BERSEDIA UNTUKNYA.
  • Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia, tetapi LUPA KEAIBAN SENDIRI.
  • Kamu mengebumikan mayat, tetapi kamu TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADANYA

The 15 Things You Didn't Know About Tongue

Cara Mengetahui Barang Daripada Kulit Babi


Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di
kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Thursday 2 August 2012

LOL #Dato Seri Samy Vellu


Cuba korang baca yang tweet Dato Seri Samy Vellu tu... Apa yg pelik???
__________________________________________
Wife complains I never do any work so I promised to cook dinner. She was suprised when I cooked capati and kept my promise. Janji Dicapati

bLa.. bLa.. bLa...
JANJI DICAPATI !! LOL !!
Sengaja Ke ?!

Wednesday 1 August 2012

WW : Sabahan

Aramai ti... heheh... Kau orang faham tak maksud nya tu??
Yang Sabahan tu, memang la tau, kalau tak tau jugak... ntah apa aku nak cakap daa... hehe/
Okay, ARAMAI TI.. maksud-nya, untuk menggambarkan sesuatu yg meriah..
[ ARAMAI - MERIAH / TI - INI ]
Tapi, Aramai Ti nie maksudn-nya juga "ada minum-minum" ( minum apa ntah... aku tak tau... )


  •  Tuuuuuna / Saaaaana - points with the lips ( there - at a distance ) 
the longer the tuuuuuna / saaaaana , the future the place is 

  • Limpas - to pass / walk by ( ex : Excuse me, can I pass by ? )
  • Tapuk / Tapok - sorok / to hide
  • Bida - Hodoh  / Ugly
  • Bubut - proper malay : kejar / eng : to chase
  • Talampau - proper malay : terlampau / eng : too much
  • Inda / Tia / Ndak - short form of tidak 
  • Takajut - proper malay : terkejut / shocked, startled
  • Ngam-ngam - proper malay : kebetulan
  • Bah !! - _expression  : OK !!
  • Kici / Kicil - proper malay : kecil
  • umban - humban, lempar / throw
  • celana / selana - proper malay : seluar
  • kedapatan / kadapatan : kantoi / caught red handed
  • Ketulahan - eng : bad karma
  • uinaa!! - used to various feelings, mostly when suprised
  • Pantat - proper malay : buntut / eng : butt
  • Bikin Panas - Feelings angry
  • Lakas - proper malay : lekas, cepat / eng : faster
  • Bobot - Vagina
  • Gia - expression : is it ?
  • mangkali - proper malay : barangkali / eng : maybe, perhaps
  • sapak - to mix as in cooking ( kasi campur / gaul - untuk masakan )
  • SOT SOT - out of mind, crazy
  • Kunu / Konok - Konon
  • batapuk / betapuk - proper malay : sorok / eng : to hide 
  • palinkik / pelangking - flying kick
  • siok - (expression) proper malay : seronok / eng : enjoyable, great
Dah baca kan.. Tu baru sikit, kalau nak tahu banyak lagi.. Kau Orang boleh pi SINI