Thursday 26 July 2012

Aku Terjah! Aku Follow! Apakah Itu?




Jom join segmen nie... 20 blogger yg terawal akan dapat pendrive 4GB percuma!!
Nak join??? Cepat klik banner di atas tu... Okay???
Segmen tamat bila cukup 100 orang bloggers... 

Kenapa aku terjah? : Aku tak tahu la... Sebab nya aku main terjah blog org je... hehehe
Kenapa aku follow? : Aku follow org tu sebab dia follow aku, jadi aku follow la balik...dan sebab blog tu best!!



TAG :

Tuesday 24 July 2012

Isu logo kemerdekaan ke-55 edisi 2012

Pelbagai isu yang timbul dengan logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012.  Logo yang digunakan ini juga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila logo ini dikaitkan dengan unsur politik. Semestinya ramai yang mampu menilai apa yang cuba ingin dilakukan.


Penjelasan mengenai logo ini juga, ianya seperti kerja mudah. Main tampal-tampal saja, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi?

klik utk besarkan
Lagi satu, saya percaya.. ramai lagi designer boleh buat yg lebih baik dari logo yg sedia ada tu..
Kalau boleh, usah la mempolitikkan kemerdekaan... Cukup2 lah tu...

credit : Oh!Artis

Monday 23 July 2012

HUKUM PUASA, TETAPI TIDAK SOLAT

SYAIKH Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin-rahimahullah pernah ditanya:
 “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”

Beliau menjawab:
“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,
“Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.

Abdullah bin Syaqiq -rahimahullah- (seorang tabi’in yang masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat.”

[Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, “Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]

Tutorial : Twitter Widget

Assalamualaikum...
hehe... tetiba rajin pulak buat tutorial malam2 buta nie...
Okay, kita terus saja ke topik-nya.. =.='

Tutor kali nie pasal widget twitter.. yg best nya widget nie... korang boleh promote akaun twitter korang supaya orang boleh follow dengan mudah!!!

nampak gambar ~

hah!! korang ada tak widget cam tu?? Tak de kan?? hehe.... 
Okay biar aku beri tunjuk ajar sikit...

1. Korang klik SINI dulu ya...
2. Lepas tu, korang akan dibawa ke satu page..
3. Lepas tu, korang pandai2 la adjust cam mna korang suka... [1]
4. Kalau dah puas hati, copy code HTML.. [2]

lihat gambar ~

5. Macam biasa...
Log In > Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript
lepas tu paste-kan di ruang HTML/JavaScript tu.. Kalau sudah tekan saja save..



p/s :  -tambah <center>code</center> supaya widget menjadi center !!
        -tak paham... kasi tau ya!! jgn malu2.. hehe...





KANTOI !! DI SEBALIK DUIT BARU MALAYSIA...



duit yang baru dikeluarkan
kini telah menakutkan orang ramai
ini kerana rekaan rupa bentuk duit ini
sama seperti duit sembahyang china mati
beberapa buah kedai china 
telah enggan menerima duit ini 
kerna di katakan sial dan suwey

apakah ini ada sabotaj
sengaja duit direja saperti ini
untuk memastikan pengundi china
akan lagi membenci gerombolan



The Secret Behind Google Translate

Go to Google Translate, copy this text:

pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk


Pick German as the 'from' language; Press the 'Listen'-button and ENJOY!

Look Picture :
Click to enlarge


hah !! Aku Ada, Kau Ada ??



Assalamualaikum...

Orang skarang nie sibuk sangat pasal duit baru Malaysia... Aku pun ada meh ... Wang kertas Malaysia yg dulu2 lagi... hah !!! kau ada ??? tak de kan??? heheh...


Aku dpt duit nie masa darjah 6 lagi... Lepas tu, nak membeli guna duit nie... tetiba rasa berat hati nak membeli guna duit nie... ( Susah tu nak dapat skarang nie ..)
So, aku ambil keputusan nak simpan duit nie... Sehingga lah sekarang... duit tu aku masih simpan... 

Sunday 22 July 2012

Tiga Jenis Makanan Dalam Neraka !!


1. ZAQUM

Firman Allah swt:
Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan) 

Firman Allah swt:
 (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Rasulullah saw bersabda:
Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata:
“Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

2. GISLIN



Firman Allah swt:
Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

3. DARIE'

Firman Allah swt:
 Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4.  Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)
MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata:

“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”


KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.”

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.




RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani. penpatah

Rahsia Zikir



 Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

SubhanALLAH...

kredit : klik sini

Niat Puasa Sebulan.






"aku berniat menunaikan puasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"

Pada malam seterusnya jika lupa berniat atau tdk sengaja tidak berniat, puasa adalah sah kerana telah berniat sebulan..

Bagi wanita yg sedang haidh, niat sebulan boleh dilakukan pada malam suci dari haidh..

Kelebihan Solat Tarawih Mengikut Malam


Assalamualaikum dan Salam Ramadan..

Hari ini aku nak share dengan korang pasal "Kelebihan Solat Terawih Mengikut Malam" .
Mungkin ada di kalangan korang yang dah tahu kan?? 
Okay- bagi korang yang belum tahu tu.. Jom baca kat bawah ni... 

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge
rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): 
"Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar."

salam... 

Saturday 21 July 2012

Segmen Pendek : Saya Nak Blogwalking

nak join.. klik header MISS Z tu..
segmen tamat 5.30 pagi esok / 22 Julai 12

Wednesday 18 July 2012

Tolong Aku !!!


Assalamualaikum ???

Hey korang !!! Aku nak minta tolong sikit nie??? Boleh tak ???
Okay-lah, aku nak kasi tau sikit... 
Hari tu, aku ada ikut kontest yg dianjurkan oleh bro Hazwan Hairy nie...
Kontest nie just pertaruhkan header kita..
Kalau boleh aku nak jugak jadi salah satu pemenang kontest tu sebab hadiah dia best giler ~... *hehee..


Cara nak vote mudah je, korang just LIKE header aku yg tak seberapa tu..
Okay-lah, harap korang sudi tolong aku... :p




--TQ--

Segmen : Giveaway Raya by shu-sya

ASSALAMUALAIKUM...


Jom Join..

Klik Banner Kat Atas Tu....

Tuesday 17 July 2012

Segmen: I am a Blogger Boy



Korang Blogger Boy ??!!
Jom Join Segmen nie..!!!
Klik Banner Kat Atas tu...

Monday 16 July 2012

Bijik Dua - Dua Nampak !!


You.. You.. You.

Impossibilities In This World


1. Korang tak boleh kira rambut
2. Korang tak boleh cuci mata guna sabun..
3. Korang tak boleh bernafas kalau lidah terkeluar !! :p


10 Perkara Yg Aku Tahu Tentang Korang !!!

1. Kau sedang baca nie kan??? kan??? kan???
2. Kau nie manusia.. hehhe...
3. Kau tidak dapat sebut huruf 'P' kalau lidah kau tak bersentuh... kan..???
4.Kau baru saja melalukannya..
6. Kau ketawa pada diri kau sendiri..
7. Kau senyum...
8. Kau tidak perasan tida no.5.. haha...
9. Kau ketawa..
10. Kau pun share di facebook... heheh..!!!
 

9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W..




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

wallahualam... :)

Friday 13 July 2012

Kentut Dia

-salam-

Jom layan video nie...

Thursday 12 July 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy



Nak Join Klik Banner Di Atas

Contest Mula 12/07/12 - 22/07/12


Nie Header Aku :

Okay, sebenarnya header aku nie tiada maksud pun..
Header nie aku baru je buat... 
Saja nak warna hijau.. Biar kena dengan bulan Ramadan yg bakal tiba...

-TQ-

Wednesday 11 July 2012

Tips Menghafal Muka Surat al-Quran


Saya terjumpa satu tips menghafal "muka surat " Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini saya kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard saja.



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran..


#di-copy dari wall kawan di FB

KALAU SAYANG IBU, BACA LA, TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE



Orang kata aku lahir dari perut mak!
(Bukan Org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang mengimamkan solat JENAZAH ibunya !

Monday 9 July 2012

Apa Pun Boleh...




Yang mana satu style kamu kalu main lap top ??

Saturday 7 July 2012

Facebook Berwajah Baru

Salam... & Happy Weekend !!!

Okay nie bagi korang yg masih belum tahu lagi ya... 
Yg dah tahu tu suka hati korang ler~
Korang selalu online kat FB kan???
Dalam korang tengah online tu.. korang perasan tak dekat sidebar home FB korang tu???
Ada nie... "Change Layout".. "Remove Layout"...

Tengok gambar :


Tahu apa guna-nya???
Okay kegunaan-nya untuk tukar layout FB korang la... hahah...

Tengok gambar nie :


Facebook dah macam blog gitu.. hahah...

Okay.. apa lagi.. Log In akaun FB korang sekarang !!

-GUD LUCK-

Jom Cuba : Cari Perkataan "LIAR"

Nampak ke tak nampak ???

Friday 6 July 2012

Jom Cuba...

Kekadang kita mestilah perlu berfikiran kreatif sikit kalau nak buat sesuatu yg baru !!

Macam gambar kat bawah ni.. :)



Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize


Assalamualaikum...
Siapa nak join GA Cik Buaya ???
Hadiah best2, boleh pilih sendiri...

Klik Banner Kalau Nak Join..



Aku pilih :






Thursday 5 July 2012

Troll... Troll... Troll...

LOL ! Apa kata try buat cam nie...


Comfirm selamat kalau org2 OKU lalu jalan nie.. 

[OMK] Oh Mak Kau !!!


OMK : Oh Mak Kau !!!! Tekejot mak !!!

Wednesday 4 July 2012

Ingat : 5 Perkara Sebelum 5 Perkara



  •  KAYA sebelum MISKIN
  •  LAPANG sebelum SEMPIT
  •  SIHAT sebelum SAKIT
  •  MUDA sebelum TUA
  • .HIDUP sebelum MATI

Ajaib & Luar Biasa : Jom Cuba

Tuesday 3 July 2012

Yang Besar Punya...

SALAM...

aku malas nak cakap banyak... korang tengok la gambar kat bawah yang aku ambil dari Facebook..

Dah tengok??? Okay jom tengo komen pic ni....
_______________________________________________

dan yang nie.. komen2 yg aku PrintScreen... 
**komen2 pasal gambar yg kat atas tu...

lawak gile ~





Relationship Sign Languange

Hah kau orang yang mana satu ???

Klik Image Untuk Lebih Jelas

Explorer Kena Buli

Rumah Siapa Yer ~~

Assalamualaikum...

Hari aku tak pergi ke sekolah... haha...
Bukan malas ya !!
Tadi pagi hujan lebat sangat2... Ingat nak tunggu hujan reda... Last2 dah hampir jam 7 pagi...
Sekolah aku awal sikit masa start belajar .... jam 6.45 dah loceng bunyi...
Okay.. mak aku cakap... " tak payah la pergi sekolah... "
hehehe... dalam hati ada la juga rasa gembira... 
Lagi pun, aku tak siap lagi homework B.I ... haha...


Okay... btw.... aku naktanya korang... pernah tak nampah rumah warna biru kat bawah ni ???


Mestilah pernah kan ??? ...

hm~ pernah nampak filem REMP-IT ?? BOHSIA ??? atau ADNAN SEMPIT ???

hahah... mesti lah pernah kan...

Aku selalu la juga tertanya2.. Rumah siapa lah tu..

Okay.. that's all...

.



Monday 2 July 2012

Perbezaan Greenland & Iceland

ASSALAMUALAIKUM



Pertama kali dengar negara GREENLAND mesti korang terfikir yang GREENLAND tu tak sejuk kan ?? Banyak pokok, tenang dll... kan? Dan bila dengar nama negara ICELAND pula, mesti fikir yang negara ICELAND tu sejuk sangat2... kan? haha.... aku pun sama... 1st time aku dengar nama kedua2 negara tu aku pun fikir yang GREENLAND tu tak sejuk dan ICELAND tu sejuk...

Okay, korang baca yang nie pula....

GREENLAND - Greenland sebenarnya sebuah kawasan yang sejuk.. Dalam bahasa melayu maksudnya tanah yang hijau ... tetapi realitinya, Greenland tu sebuah pulau terbesar  di dunia.. (semua tahu kan ?).  Seluruh Greenland mengalami iklim Artik atau iklim Tundra. Keadaan cuaca di sana mengikut musim seperti musim sejuk  mengalami 24 jam siang atau  disebut "matahari tengah malam". Musim sejuk malam sangat panjang.

ICELAND - Iceland pula sebuah pulau yang kecil.. Dalam bahasa melayu maksudnya tanah yang berais... Tetapi sebenarnya Iceland ni mengalami 4 musim. Iceland menggunakan tenaga Geoterma iaitu tenaga yang diperoleh secara semula jadi di dalam bumi yang mempunyai pengaruh gunung berapi, mata air panas dan geiser. Sumber ini dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik  kerana bersih dan tidak mencemar udara.

Kan Greenland tu sejuk... Iceland tu tak sejuk sangat ... Kenapa tak tukar nama negara je... Kan senang.. Tak la orang keliru...


Sunday 1 July 2012

Aurat & Taauhid



Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil. Muslimah sejati adalah dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi kerana yang tersembunyi itulah yang terbaik..

♥ Muslimah tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona.

♥ Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari beberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan.

♥ Muslimah sejati bukanlah dilihat dari bagaimana keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya berbicara dan berhujah kebenaran.

♥ Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya yg menurut syara'.

♥ Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat daripada kekhuwatirann dirinyalah yang megundang orang tergoda.

♥ Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi...

Adakah Anda Memiliki Ciri-Ciri Muslimah Seperti Yang Dinyatakan Ini?... Tepuk Dada Tanyalah Iman Kerana Disitu Anda Akan Temui Jawapan... Fikir2kan...

#IM Nazrul


.

Jom Tambah Geng Blog



NAK JOIN.. KLIK BANNER KAT ATAS..

SYARAT2 - NYA .. KLIK SINI

PERADUAN TUTUP : 25 JULAI 2012 / 11.59 P.M

TQ

Tag : Semua Orang... hahah




.

Asal Usul TrollFace

Spain vs Italia


Saya pilih SPAIN

... Pilihan Anda ????