Sunday 1 July 2012

Aurat & Taauhid



Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil. Muslimah sejati adalah dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi kerana yang tersembunyi itulah yang terbaik..

♥ Muslimah tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona.

♥ Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari beberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicarakan.

♥ Muslimah sejati bukanlah dilihat dari bagaimana keahliannya berbahasa, tetapi dilihat daripada bagaimana caranya berbicara dan berhujah kebenaran.

♥ Muslimah sejati bukan dilihat daripada keberaniaannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya yg menurut syara'.

♥ Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat daripada kekhuwatirann dirinyalah yang megundang orang tergoda.

♥ Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHANnya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi...

Adakah Anda Memiliki Ciri-Ciri Muslimah Seperti Yang Dinyatakan Ini?... Tepuk Dada Tanyalah Iman Kerana Disitu Anda Akan Temui Jawapan... Fikir2kan...

#IM Nazrul


.

No comments:

Post a Comment