Friday 21 September 2012

Bila lelaki yang Kena Kirim Beli Kotex


Salam.


haha... malu la tue !!

Wednesday 19 September 2012

Jeles La tue !!


Salam.


Wordless Wednesday




Beza zaman dahulu dengan zaman sekarang.

Koleksi Pantun Bodoh - Bodoh..

Ada maxis.. ada celcom..
ASSALAMUALAIKUM...

Pergi melaka makan asam pedas,
Muka mu macam mangkuk tandas...


Api terang banyak kelkatu,
Masuk ke kamar bersesak-sesak,
Alangkah geli rasa hatiku,
Melihat nenek bergincu berbedak.


‎'''kalau berjalan,,
berjalan,,,
berjalan -jalan,,
jalan lah.... hahahha... ''''

 " Naik tangga..
Turun tangga..."
" Capek deh...."


Hati - hati memilih hati,
Kerana hati yang tak berhati - hati,
Dalam memilih hati, akan disakiti,
Oleh orang yang tak berhati...


Katak pisang katak puru,
Adakah katak & pisang sepupu?
Jangan perasan atau terharu,
Bukan nak ucap kata rindu,
Cuma nak ucap selamat malam to U.

Buah betik buah papaya,
Awek yg cantik, siapa yang punya.

" Pergi berjalan - jalan..
Tetiba berlari..
huh !! penatlah... "


Dua tiga kucing berlari ,
Empat lima anjing lagi berlari,
Enam tujuh kucing memotong,
Lapan sembilan babi menang .


Dua tiga kucing berlari,
Mengapa kucing tu lari ??

Last....

Monyet tu hilang di sawah,
Orang kampung sibuk mencari,
Jika anda SCROLL ke bawah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

Dah sah.. anda lah monyet kami cari...
muahahaha.. haha...

Kalau ada jarum yang patah,
Tak payah la simpan lagi,
Kalau ada hati yang marah,
Kena ingat.. aku pun dah terkena sekali..

#hehe.. saja2.. just nak hilangkan boring... hehe =.='



Pergi sekolah bawa pen..
Jangan lah lupa komen...







Menu Rasulullah s.a.w.


Assalamualaikum...


Lihatlah betapa sederhana dan sihatnya hidangan Baginda.. Namun dengan kuantiti yang sedikit (pada pandangan kita) itulah, Baginda mampu mengubah hati manusia kembali bertuhankan Allah, malah Baginda mampu menjana tenga yang diperoleh melalui makan itu untuk tujuan ketaatan.. 

Tuesday 18 September 2012

Petua Rasulullah s.a.w Buat yang Menghidap Penyakit Kronik



Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw maksudnya; "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Monday 17 September 2012

5 Hari MC

OMG ! Saya dapat 5 hari MC !! hehe...


Kenapa Spender Lelaki di Jual Dalam Kotak, Perempuan Tidak !

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

hah! pernah terfikir tak??
 Kenapa spender lelaki diletakkan di dalam kotak. Tapi panties perempuan pulak diletakkan dilonggokan, digantung atau pun dilipat je..???

hah ! tahu sebab nya? Okay, kalau tak tau.. jom tengok doodle story kat bawah nie...




hah ! tadi yg kat atas tu cara orang pompuan memilih underware dia.. 
Yang ni pulak macam mana org lelaki pilih underware...


hehe.. senangkan cara lelaki pilih underware.. ;p

Monday 10 September 2012

Media Spinning


Media Spinning.. LOL!!! huhahuhahuha... ;p

Kalau korang cam mana pulak??!!

Doa - Doa Orang Teraniaya

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMU yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”

“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian ENGKAU dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal ENGKAU, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, ENGKAUlah penolong kami, maka kepada ENGKAU kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, ENGKAUlah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada ENGKAUlah kami pohon selamat. ”

“Selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMU, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan ENGKAU demi kebesaran wajah ENGKAU dan kemuliaan kesucian ENGKAU, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba ENGKAU, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari ENGKAU wahai Tuhan yang Maha Pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada ENGKAU lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana KAMU lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan KAMU menundukkan mereka seperti seperti KAMU menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun KAMU lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan KAMU hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan, Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhlukNYA, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya ENGKAU berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”

Ameen... 

Kisah 2 Ekor Burung



Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka menyanyi dan yang satu lagi hanya dian sahaja.

Pada suatu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua yang ini?

Penjual : Kalau yang suka menyanyi tu RM 1000 dan yang diam itu harganya RM 2000.

Pembeli : Hah..??? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam?

Penjual : Ya. Memang berbeza, yang berharga RM 2000 itu ialah pencipta lagunya...

Belajar Bahasa Inggeris



Seorang gadis yang Bahasa Inggerisnya kacau bilau terlanggar seorang pelancong dari Sweden ketika berjalan - jalan di ibu kota.

Gadis : ' I'm sorry '

Pelancong : ' I'm sorry, too '

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang di perkatakan oleh pelancong itu. Dia meneka dan menjawab...

Gadis : ' I'm sorry three '

Pelancong : ' What are you sorru for ? '

Gadis : ' I'm sorry five... '

Sunday 9 September 2012

Ujian Darah


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah kilink, Johan terpandang Jojo sedang menangis teresak2. Dia segera mendekati..

JOHAN : Kenapa menangis ?

JOJO : Saya datang untuk ujian darah.

JOHAN : Awak takut ker ?

JOJO : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

(Tiba2 Johan menangis..)

JOJO : Eh, kenapa pulak awak menangis ?

JOHAN : Saya datang untuk ujian air kencing..

Cincin Berlian




Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah hari jadinya. Walaupun begitu, suaminya tetap membelikan cincin berlian yang luar biasa harga dan indahnya. Kawan - kawan suaminya merasa hairan dgn pilihan tersebut.

Salah seorang rakan si suami tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri kamu cincin berlian dan bukannya kereta?"

Si suami tersebut tersenyum sambil berkata, " Susah mencari kereta palsu."

Bil Telefon Melambung

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil kesemua ahli keluarganya untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja sahaja.

Isteri : saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sorry! Saya hanya guna sms sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon di tempat bekerja. Sama juga dengan saya.


Buruk Perangai

Seorang gadis menghadiri sebuah makan malam di rumah orang tu kekasihnya. Teruja bercampur gelisah kerana ini merupakan perjumpaan pertama dengan keluarga kekasihnya. Tambahan pula dia mahumemberikan tanggapan yang baik kepada bakal mertua. Maka duduklah  mereka di sebuah meja makan sambil menikmati hidangan yang enak.

     Beberapa saat kemudian si gadis mula berasa selesa akibat gugup yang keterlaluan. Tidak cukup dengan itu, sambal petai yang di makannya tidak begitu membantu. Setelah beberapa minit menahan kentut, akhirnya dia sudah tidak tahan lagi. Tidak mempunyai pilihan lain, dia memutuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar berasa lega.
 
     Kentut itu tidak begitu nyaring tapi semua orang di meja makan mendengarnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke kucing keluarga yang asyik berpusing - pusing di kaki si gadis. Dalam nada yang agak tinggi, si bapa menjerit, "Jack!".

     Si gadis terfikir dirinya terselamat dan segaris senyuman menghiasi wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mula tidak merasa selesa lagi. Kali ini, tanpa segan silu dia melepaskan kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap kucing keluarga dan berteriak, "Cis, Jack !"

     Sekali lagi si gadis tersenyum dan terfikir dia berja melepaskan diri. Selang seketika, si gadis perlu mengeluarkan angin lagi. Namun tanpa berfikir panjang, dia melepaskan angin begitu sahaja, lantas bunyinya begitu kuat sekali.

     Sekali lagi bapa kekasihnya terpandang ke arah kucing keluarga dengan pandangan jijik dan menjerit' "Cis, Jack !!. Cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu".

Friday 7 September 2012

Hacker Mynmar Mula Tunjuk Taring..

Assalamaualaikum & Salam 1 Malaysia..

hah.. hari ni aku nak bagitau sikit pasal "hacker" mynmar nie.. nie mereka nie dengki sangat dengan orang2 Malaysia & Indonesia... *sebabnya? itu aku tak tau.. huahuahua... tujuan mereka nie nak hack page atau fanpage facebook !! hah.. salah satu mangsanya, Fan Page Stacy... huhu.. kesian..



Okay lah... korang semua tengok la link2 yang aku list kan kat bawah nie.. mana la tau ada link korang kan???

Pages

Groups

Next Victim :


Okay, itu saja.. Sebenarnya ada bnyak lagi.. tapi malas nak list kan semuanya.. 
..and... pandai2 lah korang jaga page / groups korang kat facebook tu ya... :)









Thursday 6 September 2012

BUAT SEMUA YANG MEMPROMOSI TARIAN "GANGNAM STYLE" : DIRAYU UNTUK DIHEBAH


Okay, saya telah buat kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. berikut adalah summary berkenaan dengan apa yang saya dapat.

1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari "getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah

10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:

"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.

Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.

Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik."

Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama:

"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.

Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:

" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"

baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:

"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini. Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh Hilal Asyraf.

Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat dan insaf.

11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berseronok.

merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu

padahal mesej asal:

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja

A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that

sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja

A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist

inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar!

dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memperbodohkan diri tanpa sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi mereka.

maka tepatlah ulasan UAI, "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang mahu jadi sebahagian promoter aksi psy.sungguh!

12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy. http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?

13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:

"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"

14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.

6 Perkara terbaik Yang Allah Sembunyikan Kepada Manusia


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik , dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124 , 000 sayap) . Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :
'Wahai Tuhanku , adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku ?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun .
Setelah selesai Jibrail as solat , maka Allah SWT berfirman yang bermaksud . 'Wahai Jibrail , kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh , dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu , akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai , namanya Muhammad .'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa , sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja , dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang , fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga . Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu , sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu . Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu , sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu .'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku , apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka ?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud . 'Ya Jibrail , akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa . Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang , setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun , terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya , atau sepertiganya , atau seperempatnya ? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud . 'Wahai Jibrail , kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki , lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan , nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

Running Man Episode 1



Guests : Lee Hyori, Hwang Jung EumLocation : Seoul – SBS Building, T Shopping Mall (Yong Dong Po Gu)Main : Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa, Kang Gary, Ji Suk Jin,  Lee Kwang Soo, Song Joong KiMission : To find something about the code    
Detail :
Running Man member dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Expensive Team dan Cheap Team.

  • Expensive Team: Hwang Jung Eum, Yoo Jai Seok, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo & Song Joong Ki
  • Cheap Team: Lee Hyori, Ji Suk Jin, HaHa & Gary


Siapa Degil ?


HAH!! SIAPA DEGIL?
SIAPA DEGIL ?
SIAPA DEGIL ?
SIAPA DEGIL ?
SIAPA DEGIL ?
SIAPA DEGIL ?
SIAPA DEGIL ?
SIAPA DEGIL ?

Wednesday 5 September 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Assalamualaikum~


Jom ramai2 join segmen ke-3 Miss Z nie... 


Tamat : 10 SEPTEMBER 2012
___________________________________

follower buat masa sekarang nie (5/9/12), ada 135 je... Asal SABAH !!!