Sunday 9 September 2012

Buruk Perangai

Seorang gadis menghadiri sebuah makan malam di rumah orang tu kekasihnya. Teruja bercampur gelisah kerana ini merupakan perjumpaan pertama dengan keluarga kekasihnya. Tambahan pula dia mahumemberikan tanggapan yang baik kepada bakal mertua. Maka duduklah  mereka di sebuah meja makan sambil menikmati hidangan yang enak.

     Beberapa saat kemudian si gadis mula berasa selesa akibat gugup yang keterlaluan. Tidak cukup dengan itu, sambal petai yang di makannya tidak begitu membantu. Setelah beberapa minit menahan kentut, akhirnya dia sudah tidak tahan lagi. Tidak mempunyai pilihan lain, dia memutuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar berasa lega.
 
     Kentut itu tidak begitu nyaring tapi semua orang di meja makan mendengarnya. Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke kucing keluarga yang asyik berpusing - pusing di kaki si gadis. Dalam nada yang agak tinggi, si bapa menjerit, "Jack!".

     Si gadis terfikir dirinya terselamat dan segaris senyuman menghiasi wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mula tidak merasa selesa lagi. Kali ini, tanpa segan silu dia melepaskan kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap kucing keluarga dan berteriak, "Cis, Jack !"

     Sekali lagi si gadis tersenyum dan terfikir dia berja melepaskan diri. Selang seketika, si gadis perlu mengeluarkan angin lagi. Namun tanpa berfikir panjang, dia melepaskan angin begitu sahaja, lantas bunyinya begitu kuat sekali.

     Sekali lagi bapa kekasihnya terpandang ke arah kucing keluarga dengan pandangan jijik dan menjerit' "Cis, Jack !!. Cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu".

1 comment: